Kajian terhadap pengunaan laman web islam di kalangan mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Syariah Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur / Nor Azlina Ismail

Ismail, Nor Azlina (2001) Kajian terhadap pengunaan laman web islam di kalangan mahasiswa/i Ijazah Sarjana Muda Syariah Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur / Nor Azlina Ismail. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (Kampus Puncak Perdana).

Abstract

Penyelidikan ini dilakukan untuk membuat kajian terhadap penggunaan laman Web Islam di kalangan para mahasiswai Ijazah Sarjana Muda Jabatan Syariah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Segala bentuk penemuan telah penyelidik rumuskan dalam bentuk peratusan untuk memudahkan rujukan di masa­ masa akan datang. Bagi membuktikan penemuan daripada penyelidikan ini, penyelidik telah menggunakan carta pai, carta bar dan jadual. Melalui penyelidikan ini didapati sebanyak 66.60% pelajar kerap mengunakan laman Web Islam iaitu setiap 2-3 hari sekali. Sebanyak 78% dari pelajar menggunakan World Wide Web (WWW) untuk mengakses maklumat Islam di internet. Para pelajar menggunakan Al Quran dan Al Hadith sebagai sumber maklumat Islam yang paling sahih. Analisa jawapan juga mendapati mereka kerap mengakses sumber ini untuk mendapatkan maklumat. Dari penyelidikan yang telah dilakukan dapat dirumuskan bahawa para pelajar gemar mengakses laman Web Islam kerana laman Web Islam lebih mudah diakses berbanding alat rujukan bercetak biasa. Ciri-ciri internet yang lebih user friendly dan maklumat yang lebih terkini memudahkan pencarian maklumat Islam berbentuk ilmiah. Sebanyak 71 % pelajar berpuas hati dengan maklumat Islam yang diakses dan menjadikan laman Web Islam sebagai alat rujukan untuk menyiapkan tugasan kuliah. Enjin pencarian yang paling popular di kalangan pelajar ialah Jaring.my dan laman Web Islam yang paling popular diakses oleh pelajar ialah http://www.islam.de/. Penyelidikan ini juga mendapati para pelajar juga berasa bimbang jika terdapat bahan ilmiah yang telah terpesong mutu kelslamannya dan tertipu dengan penulis orientalis barat. Permasalahan yang biasa terjadi juga menyebabkan mereka gagal mengakses maklumat dengan baik. Jni adalah kerana masa yang tidak mencukupi dan maklumat yang sentiasa berulang juga menyebabkan mereka tidak dapat mencapai tahap kepuasan ketika mengakses maklumat Islam di laman Web Islam. Penyelidikan ini juga telah berjaya menghasilkan beberapa cadangan untuk meningkatkan perkhidmatan internet khususnya laman Web Islam untuk dimanfaatkan bersama.

Metadata

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ismail, Nor Azlina
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Hashim, Husain
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Wide area networks
Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Information in specific formats or media > Electronic information resources
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management
Programme: Ijazah Sarjana Muda Pengajian Maklumat
Keywords: Laman Web Islam, Ijazah Sarjana Muda Syariah, Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur
Date: April 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60850
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60850.PDF] Text
60850.PDF

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

60850

Indexing

Statistic

Statistic details