Abstract
Seni fotografi merupakan salah satu cabang seni di dalam seni visual. Seni forografi dari segi istilah membawa maksud seni yang dihasilkan daripada cahaya. Dengan revolusi dan kemajuan teknologi pada hari ini secara tidak lansung merancakkan lagi aktiviti seni fotografi ini. Daripada penghasilan kamera lubang jarum, filem, fotografi digital sehingga teknologi fotografi menggunakan dron pada harini membuktikan betapa pesatnya teknologi seni fotografi ini telah berkembang. Walaubagaimanapun, seni fotografi perlulah dipadankan dengan teknik dan subjek yang betul dan berfokus. Alam semulajadi ciptaan tuhan disekitar kita boleh digarap menjadi sumber subjek atau imej tumpu dalam seni fotografi. Dengan ini, kecantikan alam semulajadi dapat digambarkan dan dirakamkan serta boleh dihayati oleh semua. Terdapat pelbagai teknik seni fotografi alam semulajadi yang boleh dipraktiskan. Salah satu teknik yang boleh diaplikasikan di dalam seni fotografi adalah pencahayaan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sulaiman, Shahrunizam (Dr.) UNSPECIFIED Ahmad Radz, Mohamad Quzami An-Nuur (Ts.) UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Editor Zainal Abidin, Nurhamimah (Dr.) UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art > Nature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Number: | 5 |
Page Range: | pp. 44-45 |
Keywords: | Alam semulajadi, seni fotografi, imej |
Date: | 1 May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60846 |