Abstract
Islam ialah ad-Deen satu cara hidup yang lengkap. Oleh demikian, setiap perkara tidak dapat dipisahkan dari Islam. Begitu juga dengan Sains Matematik. Fahaman sekularisme yang telah menular ke dalam semua ilmu menyebabkan Islam tersisih langsung darinya. Sebagai contoh Sains Matematik, ia menjadi suatu ilmu yang terasing dari masyarakat umum. Apa yang lebih ketara ialah masyarakat umum beranggapan bahawa Sains Matematik hanyalah berkenaan dengan nombor sahaja [Latif 1]. Sains Matematik Islam boleh ditakrifkan sebagai llmu yang mentauhidkan Allah yang dapat menghampirkan diri seseorang kepadaNya [Latif 2]. lni merupakan titik perpisahan antara dunia Islam dengan dunia Barat. Kebanyakan ahli Sains Matematik secara amnya memperolehi ilmu mereka dari hasil kerja dan karya Barat. Oleh itu latar belakang ilmu yang diperolehi tidak bertemakan ruh Islam yang dapat menghampirkan diri kepada Tuhan, malahan sesetengah kandungan ilmu itu secara halus dapat memesongkan aqidah orang-orang Islam. Justeru itu, menjadi satu kemestian pada kita semua untuk mengembalikan semua pihak kepada Sains Matematik Islam agar tidak luput ditelan zaman. Jadi, secara tidak langsung, melahirkan ahli Matematik Islam yang berupaya menjadi tokoh kepada mata dunia juga menjadi satu kemestian untuk menangani masalah ini. Dalam tulisan ini, penulis cuba membawa pembaca secara sepintas lalu mengenai beberapa sarjana Sains Matematik Islam yang mashyur, ciri-ciri dan rahsia kejayaan mereka serta memberi beberapa saranan yang harus diberi perhatian.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad, Daud UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | GADING Majalah Akademik ITM Cawangan Pahang |
UiTM Journal Collections: | Others > GADING |
Volume: | 1 |
Number: | 4 |
Page Range: | pp. 1-11 |
Keywords: | Islam, ad-Deen, Sains Matematik |
Date: | 1989 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60839 |