Biologi molekul penentuan hubungan evolusi paku pakis / TS Jacqueline Joseph

Joseph, TS Jacqueline (2022) Biologi molekul penentuan hubungan evolusi paku pakis / TS Jacqueline Joseph. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Biologi molekul memainkan peranan penting dalam mengkaji dan menentukan hubungan filogenetik atau evolusi di dalam kumpulan organisma hidup. Malah, biologi molekul dapat menyelesaikan isu yang berkaitan dengan hubungan filogenetik yang bermasalah di dalam kumpulan organisma yang disebabkan oleh ketidakpastian asal-usul, leluhur dan sejarah evolusi organisma tersebut. Meskipun pendekatan konvensional menggunakan kaedah morfologi atau pengkelasan secara kladistik digunakan secara meluas bagi mengenalpasti satu- satu organisma, kaedah ini dianggap kurang praktikal dan memerlukan kemahiran identifikasi yang teliti. Hanya ahli-ahli taksonomi dan botani yang terlatih sahaja berupaya membuat pengkelasan dengan betul melalui pemerhatian mata kasar dan mikroskop serta pemeriksaan morfologi menggunakan kekunci dikotomi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 60795.pdf]
Text
60795.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics