Abstract
Biologi molekul memainkan peranan penting dalam mengkaji dan menentukan hubungan filogenetik atau evolusi di dalam kumpulan organisma hidup. Malah, biologi molekul dapat menyelesaikan isu yang berkaitan dengan hubungan filogenetik yang bermasalah di dalam kumpulan organisma yang disebabkan oleh ketidakpastian asal-usul, leluhur dan sejarah evolusi organisma tersebut. Meskipun pendekatan konvensional menggunakan kaedah morfologi atau pengkelasan secara kladistik digunakan secara meluas bagi mengenalpasti satu- satu organisma, kaedah ini dianggap kurang praktikal dan memerlukan kemahiran identifikasi yang teliti. Hanya ahli-ahli taksonomi dan botani yang terlatih sahaja berupaya membuat pengkelasan dengan betul melalui pemerhatian mata kasar dan mikroskop serta pemeriksaan morfologi menggunakan kekunci dikotomi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Joseph, TS Jacqueline UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AP Periodicals P Language and Literature > PN Literature (General) P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature Q Science > QH Natural history - Biology > Life > Molecular biology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Biologi, molekul, evolusi paku pakis |
Date: | 1 May 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60795 |