Abstract
Penyelidikan yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengkaji dan mengenalpasti punca-punca yang menjadi faktor pendorong kepada berlakunya masalah cetak rompak dalam sektor perfileman di Malaysia. Objektif utama dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui tahap pengetahuan pengguna terhadap Akta Hakcipta. Melalui penyelidikan inii kita ak:an dapat mengeta.hui tahap pengetahuan atau kesedaran pengguna terhadap Akta Hakcipta dan mengenalpasti badan atau organisasi yang terlibat dalam menguatkuasak:an undang-undang Hakcipta. Selain itu, penyelidikan ini juga bertujuan untuk mengetahui pengetahuan pengguna terhadap perlanggaran Akta Hakcipta. Adakah pe.ngguna mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan perlanggaran Akta Hakcipta, kesan buruk: yang berlaku akibar perlanggaran Akta Hakcipta sama ada kepada pengusaha filem atau pemilik harta intelektual, industri perfileman dan negara umumnya. Seterusnya adalah untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan pengguna lebih cenderung membeli VCD cetak rompak berbanding dengan VCD ash. Di sini kita akan dapat mengetahui adakah faktor seperti harga dan kualiti yang hampir sama yang ditawarkan oleh VCD cetak rompak menyebabkan orang ramai lebih berminat untuk mendapat atau membeli VCD cetak rompak berbanding untuk membeli VCD asli. Di samping itu juga penyelidikan inii juga adalah bertujuan mengenalpasti punca-punca yang menjadi penyebab masalah cetak rompak masih berlaku walaupun pihak kerajaan dan pihak berkuasa yang terbabit telah berusaha bersunggub-sungguh membanteras masalah cetak rompak daripada terus berlaku dengan berleluasa tanpa sebarang tindakan yang sewajarnya.
Metadata
Item Type: | Thesis (Degree) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hassan, Mohammad Hasfanizam 98535233 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Hashim, Husain UNSPECIFIED |
Subjects: | K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Comparative law. International uniform Law > Intellectual property > Copyright P Language and Literature > PN Literature (General) > Motion pictures Z Bibliography. Library Science. Information Resources > Z Book (General). Writing. Paleography. Book industries and trade. Libraries. Bibliography > Book industries and trade > Copyright |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Perdana Campus > Faculty of Information Management |
Programme: | Bachelor of Information Science (Hons) Library Management |
Keywords: | Akta Hakcipta Karya-karya Perfileman Malaysia, Masyarakat Shah Alam, Cetak Rompak |
Date: | September 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60778 |
Download
60778.PDF
Download (1MB)