Keperluan Rang Undang-Undang 355: analisis terhadap usul persendirian Yang Berhormat ahli parlimen Marang / Farah Najwa Mazida and Siti Aisyah Samudin

Mazida, Farah Najwa and Samudin, Siti Aisyah (2022) Keperluan Rang Undang-Undang 355: analisis terhadap usul persendirian Yang Berhormat ahli parlimen Marang / Farah Najwa Mazida and Siti Aisyah Samudin. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 8 (1): 20. pp. 1-20. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Abstract

Kajian kualitatif ini bertujuan menganalisis keperluan Rang Undang-Undang 355 bagi memperkasakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) di Malaysia dengan merujuk kepada usul persendirian yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang pada 6 April 2017. Kajian ini melihat kepada keadaan semasa kes-kes syariah yang semakin berleluasa, namun hukuman yang sedia ada tidak mampu menjadi mekanisme penyelesaian yang tuntas. Objektif artikel ini dilakukan adalah bagi mengenalpasti kerelevanan kerangka undang-undang sedia ada dalam menyelesaikan permasalahan masyarakat dengan menganalisis usul yang dibawakan oleh Ahli Parlimen Marang iaitu Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 dengan cadangan meningkatkan tahap had hukuman kepada lebih tinggi dan bersesuaian. Kajian ini menggunakan kajian kepustakaan melalui analisis dokumen merangkumi rujukan statut perundangan, artikel dari jurnal berimpak tinggi, serta rujukan kes yang telah selesai dari tahun 2015 sehingga 2020. Turut dimuatkan juga kajian lapangan dengan menemubual pengamal undang-undang daripada Bahagian Pendakwaan Mahkamah Syariah. Justeru satu penambahbaikan ke atas undang-undang jenayah syariah wajar dilakukan demi meletakkan kedudukan sistem perundangan syariah Malaysia pada aras yang lebih baik. Selain itu, konflik bidangkuasa antara mahkamah sivil dan mahkamah syariah dalam pengendalian kes jenayah syariah akan sedikit terungkai dan keadilan sewajarnya dapat diberikan demi kemaslahatan masyarakat sejagat.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mazida, Farah Najwa
ananajwa96@gmail.com
Samudin, Siti Aisyah
sitiaisyah.samudin@um.edu.my
Subjects: K Law > KB Religious law in general. Comparative religious law. Jurisprudence
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 8
Number: 1
Page Range: pp. 1-20
Keywords: Akta 355, Jenayah Syariah, Rang Undang-undang
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60500
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60500.pdf] Text
60500.pdf

Download (311kB)

ID Number

60500

Indexing

Statistic

Statistic details