Abstract
Projek perumahan terbengkalai telah menjadi isu yang hangat di sekitar tahun 1987. Masalah ini telah mendapat perhatian dari berbagai-bagai pihak. Nasib pembeli rumah yang terbengkalai ini mula diberi perhatian apabila semakin hari bilangan projek terbengkalai ini semakin bertambah jumlahnya. Kerajaan turut campurtangan dalam masalah ini apabila pihak pemaju dan institusi kewangan kurang berjaya menyelesaikan masalah ini. Masalah ini telah menimbulkan berbagai kesan kepada ekonomi dan sosial negara. Sekiranya ia dibiarkan 'tanpa diberi perhatian dan usaha pemulihan tentulah ia akan mengakibatkan kesan yang lebih besar kepada ekonomi negara khususnya dalam pasaran hartanah perumahan dan pembangunan negara seterusnya. Memikirkan masalah serta akibatnya kepada berbagai pihak seperti kerajaan, pemaju, pemborong, institusi kewangan dan pembeli yang telah mengalami kerugian dari keadaan ini, telah mendorong penulis untuk mengkaji dan memberi cadangan kepada pemulihan projek terbengkalai ini. Semuga hasil dari penulisan ini akan dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang terlibat.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Norihan UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Conservation and restoration. Preservation and restoration of architectural monuments N Fine Arts > NA Architecture > Housing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma Lanjutan Pengurusan Harta Tanah |
Keywords: | Perumahan terbengkalai, kesan kepada ekonomi dan sosial negara, kerugian |
Date: | 1991 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60313 |
Download
60313.pdf
Download (14kB)