Kajian bangunan-bangunan bersejarah di Pusat Bandaraya Kuching / Sudirmanto Mohamad

Mohamad, Sudirmanto (1998) Kajian bangunan-bangunan bersejarah di Pusat Bandaraya Kuching / Sudirmanto Mohamad. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian yang diberi nama "Kajian Bangunan-Bangunan Bersejarah di Pusat Bandaraya Kuching" ini adalah sebuah kajian yang menyingkap mengenai bangunan-bangunan lama yang terdapat di pusat Bandaraya Kuching di mana kebanyakannya mempunyai nilai sejarah yang penting dalam perkembangan bandaraya tersebut. Daripada kajian yang telah dibuat ini, pembaca akan sama-sama mengetahui mengenai keadaan bangunan-bangunan kajian dari segi sejarah maupun perkembangan semasa bangunan-bangunan ini. Melalui pendekatan dan kaedah analisis yang dibuat pembaca boleh menggambarkan keadaan bangunan-bangunan ini melalui penerangan yang dibuat dan gambar-gambar yang telah disediakan. Penekanan yang dibuat pada kajian ini adalah dari segi senibina, persekitaran bangunan, lokasi dan kemudahan yang terdapat di sekitar bangunan tersebut. Ini adalah penting bagi mengkaji struktur fizikal bangunan tersebut dan keadaan sekitarnya yang boleh mempengaruhi pengguna dan pengunjung yang datang di bangunan tersebut. Ini adalah kerana, bagi mengemukakan cadangan yang sesuai dari aspek perancangan bandar, cadangan tersebut bukan sahaja untuk aspek fizikal bangunan sahaja tetapi keadaan sekitarnya juga penting dalam aspek tersebut. Dengan adanya kajian ini, pembaca boleh mengganibarkan sendiri bagaimana keadaan sebenar bangunan yang mempunyai nilai-nilai sejarah di Bandaraya Kuching. Ini adalah kerana bangunan-bangunan lama juga merupakan sebahagian daripada elemen-elemen lain yang terdapat dalam sesebuah bandar.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad, Sudirmanto
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > History
N Fine Arts > NA Architecture > Historic buildings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Bangunan-bangunan bersejarah, Pusat Bandaraya Kuching, nilai sejarah
Date: 1998
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60304
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 60304.pdf] Text
60304.pdf

Download (12kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

60304

Indexing

Statistic

Statistic details