Abstract
Pembelajaran secara atas talian merupakan kaedah pembelajaran baru yang telah dilakasanakan di Malaysia sejak PKP dilaksanakan dan masih lagi diteruskan di beberapa peringkat pengajian termasuklah di institusi pengajian tinggi. Walaupun pembelajaran norma baru ini telah berlangsung selama beberapa semester namun masih ramai lagi pelajar yang baru pertama kali belajar secara atas talian ini terutamanya bagi pelajar semester pertama lepasan SPM. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kepada pelajar Pra Sains yang rata- rata nya datangnya dari keluarga dengan kumpulan pendapatan B40. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji cabaran pelajar Pra Sains terhadap pembelajaran matematik secara atas talian. Seramai 35 pelajar telah terlibat dalam kajian ini yang terdiri dari 15 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan. Kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik dibangunkan menggunakan Google Form dan diisi oleh pelajar Pra Sains yang mengambil subjek Matematik bagi sesi Oktober-Febuari 2022. Data yang diperoleh adalah dari soal selidik dan tinjauan yang telah dijalankan. Kajian ini juga dapat membantu pensyarah mengurangkan tekanan dan beban kerja pelajar sepanjang pembelajaran atas talian berlangsung. Antara cabaran utama dari pelajar adalah masalah capaian internet, tekanan, faktor persekitaran dan juga faktor kendiri pelajar. Statistik dari peratus bilangan pelajar dari cabaran-cabaran yang di dihadapi oleh pelajar diperoleh dari soal selidik tersebut. Hasil kajian ini mendapati peratus pelajar yang mempunyai masalah capaian internet yang lemah adalah tinggi. Oleh yang demikian, pensyarah perlu lebih peka terhadap masalah pelajar agar pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dengan baik dan dalam masa yang sama mutu pengajaran pensyarah juga dapat ditambah baik
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Alias, Fadzilawani Astifar fadzilawani.astifar@uitm.edu.my Shamsuddin, Maisurah maisurah025@uitm.edu.my Mahlan, Siti Balqis sitibalqis026@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Umar, Norazah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Volume: | 3 |
Keywords: | Matematik, Cabaran, Soal Selidik, Pembelajaran Atas Talian |
Date: | 15 April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60222 |