Partisipasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan dalam talian bermediumkan aplikasi ClassPoint / Elly Johana Johan... [et al.]

Johan, Elly Johana and Abd Aziz, Zalilah and Mohd Mydin, Azlina Mohd Mydin and Wan Mohammad, Wan Anisha and Mohamed Yusuf, Syarifah Adilah (2022) Partisipasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan dalam talian bermediumkan aplikasi ClassPoint / Elly Johana Johan... [et al.]. In: Exploring New Innovation In e-Learning. Unit Penulisan Dan Penerbitan JSKM. ISBN 978-967-25608-3-8
Abstract

Kaedah pembelajaran dan pengaturcaraan secara semuka yang telah sekian lama dipraktiskan mempunyai permasalahan besar untuk ditangani, apatah lagi cabaran pengajaran pengaturcaraan dalam talian. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian seakan menjadi satu keperluan mendesak seiring dengan perubahan masa dan kemajuan teknologi walaupun dunia telah bebas daripada pandemik COVID-19 kelak. Cabaran terbesar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah berkaitan dengan partisipasi pelajar. Era digital memperlihatkan kepelbagaian perisian komputer dibangunkan untuk memenuhi keperluan norma masyarakat terkini yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Setiap perisian mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung kepada tujuan dan bagaimana ia digunakan untuk menghubungkan pengguna secara maya. Dalam kajian ini, aplikasi ClassPoint digunakan untuk menggalakkan partisipasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan secara dalam talian

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 60213.pdf]
Text
60213.pdf
Download (282kB)
Indexing & Metrics