Abstract
Kaedah pembelajaran dan pengaturcaraan secara semuka yang telah sekian lama dipraktiskan mempunyai permasalahan besar untuk ditangani, apatah lagi cabaran pengajaran pengaturcaraan dalam talian. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian seakan menjadi satu keperluan mendesak seiring dengan perubahan masa dan kemajuan teknologi walaupun dunia telah bebas daripada pandemik COVID-19 kelak. Cabaran terbesar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam talian adalah berkaitan dengan partisipasi pelajar. Era digital memperlihatkan kepelbagaian perisian komputer dibangunkan untuk memenuhi keperluan norma masyarakat terkini yang menyokong proses pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian. Setiap perisian mempunyai kelebihan tersendiri, bergantung kepada tujuan dan bagaimana ia digunakan untuk menghubungkan pengguna secara maya. Dalam kajian ini, aplikasi ClassPoint digunakan untuk menggalakkan partisipasi pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan secara dalam talian
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Johan, Elly Johana ellyjohana@uitm.edu.my Abd Aziz, Zalilah zalilah128@uitm.edu.my Mohd Mydin, Azlina Mohd Mydin azlin143@uitm.edu.my Wan Mohammad, Wan Anisha wanan122@uitm.edu.my Mohamed Yusuf, Syarifah Adilah syarifah.adilah@uitm.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Umar, Norazah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA L Education > LG Individual institutions > Asia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Volume: | 3 |
Keywords: | Partisipasi Pelajar, Pembelajaran Dan Pengaturcaraan Dalam Talian, Classpoint |
Date: | 15 April 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/60213 |