Abstract
Kecekapan adalah suatu faktor yang penting untuk mengukur tahap prestasi sesebuah firma. Oleh itu, kajian ini adalah berkenaan dengan pengukuran kecekapan pengeluaran kelapa sawit oleh 28 tanah rancangan di Wilayah Jengka yang diuruskan oleh FELDA Technoplant bagi tahun 2008. Data kajian adalah data primer yang diperolehi daripada pihak FELDA Technoplant. Kaedah yang digunakan adalah kaedah Analisis Penyampulan Data (APD). Di bawah kaedah ini kami telah mengaplikasikan model kecekapan BCC yang diselesaikan dengan menggunakan perisian LINGO Versi 8.0 untuk mendapatkan skor kecekapan bagi setiap tanah rancangan yang dipertimbangkan. Keputusan yang diperoleh menunjukkan Jengka 6 dan Jengka 7 telah mencapai tahap kecekapan 100% bagi tahun 2008 manakala tanah rancangan selebihnya didapati tidak cekap bagi tahun tersebut. Penambahbaikan menggunakan Unjuran CCR telah dijalankan terhadap tanah rancangan yang tidak mencapai tahap kecekapan 100%. Ini bertujuan untuk mendapatkan sasaran penggunaan sumber dan pencapaian hasil yang optimum yang boleh digunakan sebagai suatu polisi baru bagi setiap tanah rancangan tersebut.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dzulkifli, Nor Fadhilah UNSPECIFIED Karim, Mariathy UNSPECIFIED Mokhtar@Mother, Mazura UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management T Technology > TP Chemical technology > Oils, fats, and waxes > Palm oil |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | Prosiding KONAKA 2009 |
Event Title: | Prosiding KONAKA 2009 Penyelidikan Menjana Inovasi dan Penulisan Berkualiti |
Event Dates: | 2-3 Disember 2009 |
Page Range: | pp. 457-471 |
Keywords: | Pengukuran kecekapan, APD, model BCC, unjuran CCR |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59552 |