Abstract
Setiap kerjaya mempunyai amalan dan gaya yang tersendiri. Sejauh manakah berkesannya sesebuah kerjaya kepada organisasi amat bergantung kepada kewujudan amalan dan gaya kerjaya itu. Budaya akademik umpamanya merupakan amalan dan gaya yang perlu ada di kalangan para akademia. Kesungguhan para akademia yang mengamalkan budaya ini boleh melonjakkan pembangunan universiti dengan ketara sekali. Menyedari hakikat bahawa pembudayaan akademik boleh memberi sumbangan ke arah melonjakkan pembangunan universiti, maka proses-proses ke arahnya perlu dilaksanakan oleh para akademia. Untuk mencapai matlamat ini, kertas kerja ini akan dibahagikan kepada tiga bahagian utama, iaitu (1) fungsi-fungsi utama universiti yang diterima umum, (2) budaya akademik sebagai budaya utama universiti, dan (3) peranan akademia dalam pembudayaan akademik ke arah melonjakkan pembangunan universiti. Adalah diharapkan, dengan kertas kerja ini, sekurang-kurangnya beberapa usaha tertentu dapat dikenalpasti oleh para akademia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang bagi membolehkan semua amalan dan gaya penting ini direalisasikan ke arah melonjakkan pembangunan universiti.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ab Rahman, Hilmi UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Educational productivity |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 417-424 |
Keywords: | Amalan, Gaya, Budaya akademik, Pembangunan universiti |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59539 |