Abstract
Wabak Covid-19 kini melanda di negara kita dan turut memberi kesan kepada negara-negara lain di seluruh dunia. Coronavirus atau dikenali sebagai covid-19 dilihat semakin menular dan menjadi isu utama negara yang perlu ditanggani sehabis mungkin oleh masyarakat di Malaysia. Virus ini sangat mudah berjangkit dan tersebar secara langsung dari individu ke individu melalui titisan dari saluran pernafasan yang keluar apabila bercakap, batuk atau bersin. Kadar kebolehjangkitan yang tinggi melalui orientasi yang sedemikian perlu dibendung dengan mengamalkan pelbagai prosedur kesihatan yang telah diwujudkan oleh badan berwajib. Hanya kita sahaja sebagai masyarakat yang perlu ada kewarasan diri dalam membuat justifikasi yang wajar dalam apa jua tindak tanduk atau aktiviti yang ingin dilakukan pada masa kini. Biarpun kehidupan kita makin terbatas tetapi apa yang lebih penting di sini sebolehbolehnya kita tersimpang jauh dari dijangkiti selagi kita masih mematuhi prosedur-prosedur amalan kesihatan yang digariskan oleh kerajaan sebaik mungkin.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Wardina Adlina wardinaadlina27@gmail.com Azizan, Mohd Zamri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Covid-19, pendekatan seni, memberi kesedaran, elemen warna, arca |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59494 |