Abstract
Arca secara umumnya adalah lebih mewakili kepada hasilan seni berbentuk tiga dimensi (3D). Arca juga adalah merupakan interpretasi seni yang dizahirkan melibatkanruang 360° agar nilai estetikanya dapat dihayati oleh pelbagai deria selain menyampaikan sesuatu mesej tertentu kepada pemerhati. Permukaan arca boleh disentuh dan arca boleh diapresiasi dari pelbagai sudut pandangan. Ianya juga terdapat dalam bentuk imitasi realistik atau bentuk mujarad. Kebanyakan arca adalah subjektif dalam bentuk yang fizikalnya yang kompleks dan adakalanya bersifat komersial yang tinggi dan sesuai dijadikan perhiasan rumah mahu pun premis-premis yang lain. Koronavirus (Covid-19) merupakan isu yang sedang hangat diperkatakan pada masa kini. Isu global yang sedang berlaku di dunia amnya dan juga di Malaysia khususnya pada hari ini ialah penularan wabak virus Covid-19 yang sehingga kini masih belum reda dengan status terkini. Hal yang demikian berlaku akibat kurangnya kesedaran dan info yang tepat untuk pengetahuan di kalangan masyarakat. Isu ini menjadi bertambah parah disebabkan oleh sebilangan masyarakat yang tidak mengambil peduli dan kecuaian terhadap aspek keselamatan yang telah digariskan oleh pihak berwajib setiap waktu dan ketika. Sikap segelintir mereka saling tak tumpah bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing–masing. Walaupun terdapat persetujuan dalam kalangan komuniti perubatan bahawa tiada penawar untuk Covid-19, kebimbangan tentang risiko daripada wabak ini dan skala cabaran kesihatan awam, telah menyebabkan peningkatan ketara di kalangan masyarakat untuk mencari maklumat mengenai apa yang patut dilakukan untuk melindungi diri serta mencegah jangkitan virus sehingga mengambil alternatif lain untuk mengelak dari dijangkiti tanpa diiktiraf dan merujuk kepada pihak berwajib terlebih dahulu akan kesan sampingan dan kemudaratannya selepas itu.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad Fauzi, Ainul Mardhiah ainulmardhiah.agc@gmail.com Azizan, Mohd Zamri UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > N Visual arts (General) > Theory. Philosophy. Aesthetics of the visual arts N Fine Arts > N Visual arts (General) > Special subjects of art |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Arca, interpretasi seni, estetika, eksperimentasi |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59447 |