Abstract
Ibadah solat merupakan jambatan hubungan manusia dengan Allah S.W.t. Melalui solat seseorang muslim dapat menghampirkan diri dengan Allah. Sementara al-Qur 'an pula adalah Kitab Allah, maka mempelajari dan memahaminya merupakan ibadah dan amalan para muttaqin. Membaca al-Qur 'an dan mendirikan solat adalah dua perkara asas yang dituntut untuk diamalkan oleh setiap muslim di dalam ajaran Islam. Sehubungan dengan itu sedikit tinjauan ringkas telah dibuat ke atas sekumpulan pelajar di UiTM Pahang Kampus Jengka berhubung persoalan kelancaran pembacaan al-Qur'an mereka sebagai pendorong kepada
amalan menunaikan solat lima waktu dengan baik. Hasilnya didapati bahawa tahap bacaan al-Qur'an seseorang pelajar tidak semestinya mempengaruhi komitmen mereka untuk melakukan solat, malah pendidikan daripada ibu bapa dan kesedaran sendiri merupakan faktor penting yang menggerakkan mereka untuk melakukan ibadah tersebut dengan sempurna.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mustari, Ruaain ruaain@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran > Readings (Qirāʼāt) L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 283-294 |
Keywords: | Kelancaran, bacaan al-quran, mendorong, perlaksanaan solat wajib |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59361 |