Anti-Corona / Nur Ardira Syakila Suhaili and Mohd Zamri Azizan

Suhaili, Nur Ardira Syakila and Azizan, Mohd Zamri (2021) Anti-Corona / Nur Ardira Syakila Suhaili and Mohd Zamri Azizan. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Branch. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Corona atau covid-19 ialah sejenis virus yang boleh membawa penyakit yang berbaha ya serta membawa maut. Awalannya Covid-19 dikategorikan sebagai virus yang menyebabkan sejenis penyakit di kalangan haiwan mamalia dan burung. Dan kini makhluk yang bernama manusia pula dijadikan tumpuan untuk dilenyapkan. Virus yang cepat merebak secara drastik ini masih lagi belum sampai ke penghujungnya di mana kes-kes jangkitan yang berlaku di seluruh dunia didapati turut menghasilkan varian baru yang lebih parah lagi meragut nyawa manusia dalam sekelip mata. Kita sebagai manusia yang perihatin perlulah lebih sensitif dan peka serta memberi kerjasama seratus peratus terhadap apa yang telah digariskan oleh kerajaan dalam mengekang virus ini dari terus merebak dan mengembalikan keharmonian negara seperti sebelum ini. Kewajipan untuk membangunkan kembali negara kepada paksi asalnya adalah tanggungjawab bersama yang perlu digalas ketika ini demi kesejahteraan rakyat yang hilang norma-norma kehidupan sejak pandemik melanda negara dewasa ini. Tak mengira apa jua bentuk tindakan yang perlu diambil sebagai sumbangan kesedaran kepada masyarakat kerana yang penting kita sama-sama perihatin dan peka terhadap apa jua situasi yang akan berlaku selepas ini. Di atas kepekaan terhadap situasi semasa maka lahirlah satu bentuk pernyataan seni di mana visi dan misinya lebih menjurus kepada memberi satu sensitiviti kepada masyarakat agar lebih perihatin dan berhati-hati dalam apa jua bentuk aktiviti yang dilakukan yang sentiasa terbatas.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Suhaili, Nur Ardira Syakila
ardirasyakila@gmail.com
Azizan, Mohd Zamri
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Origami, imitasi virus, arca
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59326
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59326.pdf] Text
59326.pdf

Download (1MB)

ID Number

59326

Indexing

Statistic

Statistic details