Abstract
Kertas kerja ini merupakan penemuan awalan kajian etnomatematik dalam budaya Melayu Minangkabau. Ia merupakan kesinambungan kajian etnomatematik dalam budaya Melayu yang telah dilakukan bagi melengkapkan lagi warisan keilmuan Melayu yang pernah dimiliki oleh tamadun bangsa suatu ketika dahulu. Fokus diberi kepada aspek pengumpulan sukatan berat merangkumi berat logam berharga, berat am dan unit isipadu yang turut digunakan untuk berat. Analisis dibuat bagi membentuk suatu sistem sukatan Melayu Minangkabau melalui gelintaran kamus-kamus dan buku-buku adat dan budaya Minangkabau. Kajian mendapati sebahagian unit sukatan telah pun piawai namun masih terdapat sukatan yang belum dipiawaikan. Masih banyak ruang kosong yang perlu diisi dan dilengkapkan bagi menyempurnakan kajian berkaitan sukatan Minangkabau ini. Diharap kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pembentukan suatu sistem sukatan Melayu bagi membuktikan bahawa bangsa Melayu telah mempunyai unit sukatan yang piawai dan bersistem.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yusof, Yusharina yusharina@pahang.uitm.edu.my Abdul Rashid, Saharani UNSPECIFIED Ab Ghani Hilmi, Zulkifli UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HM Sociology > Culture |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 227-239 |
Keywords: | Etnomatematik, minangkabau, etimologi, sukatan berat |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59273 |