Abstract
Malaysia telah dirahmati dengan flora yang pelbagai dan dianggarkan mempunyai lebih kurang 20 000 spesies tumbuhan di mana 14 500 adalah tumbuhan berbunga atau yang mempunyai biji benih. Lebih kurang 2 000 spesies tumbuhan dilaporkan mempunyal nilai ubatan. Flora di Malaysia bukan sahaja sebagai tempat simpanan pelbagai genetik tetapi ia juga merupakan gudang yang kaya dengan bahan kimia yang boleh digunakan untuk memelihara kesihatan kita.
Tahun 1990an telah menunjukkan satu perubahan yang ketara dimana tumbuhan telah di gunakan sebagai sumber utama dalam bidang farmaseutikal. Oleh itu UiTM Pahang sebagai kampus khazanah alam yang mempunyai hutan simpannya sendiri, sepatutnya mengambil kesempatan untuk bergiat cergas dalam mengenalpasti, menjaga, memulihara, mengumpul dan mendokumentasikan pelbagai tumbuhan ubatan yang terdapat dalam hutan simpannya. Sejajar
dengan nama Kampus Khazanah Alam, UiTM Pahang juga seharusnya turut berusaha mempromosikan serta menggalakkan penggunaan tumbuhan ubatan yang berpotensi kepada masyarakat kampus dan juga orang awam.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Manaf, Ainun Jariah ainun@pahang.uitm.edu.my Mohd Khalid, Abd Khalil Abd_khalil@pahang.uitm.edu.my Wan Omar, Wan Siti Atikah UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) S Agriculture > SB Plant culture > Medicinal plants (Culture only) > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 93-105 |
Keywords: | Flora, Kepelbagaian spesies, Memulihara, Mendokumentasi |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59213 |