Betta / Siti Humaira Ramli

Ramli, Siti Humaira (2021) Betta / Siti Humaira Ramli. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Branch. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Betta dihasilkan pada tahun 2021 yang merupakan catan abstrak dua dimensi bersaiz (2 kaki X 1½ kaki) dengan teknik Fluid Painting. Proses pembuatan catan ini menggunakan media dan bahan Acrylic Pouring Fluid, Silicone Oil dan Spray. Karya ini bertemakan ceritera alam dengan pemilihan Ikan Laga atau nama saintifiknya Betta splendens sebagai subjek teras utama. Ikan Laga ialah salah satu spesies ikan air tawar yang paling popular dalam kalangan masyarakat dan sering dijadikan sebagai ikan hiasan di rumah. Hal ini kerana, Ikan Laga boleh menjadi penyeri di ruang tamu atau sebagai hiasan dalaman yang menarik kerana sifatnya yang unik dan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Kecantikannya boleh dilihat daripada kombinasi warna yang pelbagai dan keunikan coraknya. Dengan menjadikan Ikan Laga sebagai hiasan di rumah, secara tidak langsung sebenarnya ikan ini memberi manfaat dalam bidang perubatan dan psikologi kepada pemiliknya. Dalam bidang perubatan, ikan ini mampu menjadi terapi atau dikenali sebagai ‘Cromotheraphy’ kerana warna pada ikan ini berperanan bagi meredakan atau menyembuhkan penyakit. Dari sudut psikologi pula, Ikan Laga mampu memberikan ketenangan melalui liuk lentok dan gerakan gemalai semasa berenang. Ikan Laga mempunyai sifat suka berlaga antara satu sama lain. Oleh sebab itu, ikan ini perlu diletakkan di dalam bekas yang berasingan supaya tidak bergaduh yang boleh membawa kepada kecederaan atau mungkin terbunuh. Maka, agak sukar meletakkan Ikan Laga jantan dengan ikan Laga jantan yang lain kerana Ikan Laga amat mengawal ruang wilayahnya dan sanggup berjuang ke akhir hayat demi wilayah tersebut. Dengan menginspirasikan sifat Ikan Laga dan bentuk ekornya, karya catan ini mengetengahkan pergerakan bukaan ekor ketika sedang berlaga. Pergerakan ekor ketika berlaga boleh dilihat dalam konsep estetik yang diutarakan oleh Zakaria Ali (1987), iaitu prinsip berlawan yang ada pertentangan terkawal antara dua bahagian di dalam karya. Di sini, estetika merupakan satu cabang falsafah keindahan dan dari sinilah kriteria motif Ikan Laga memberi pengertian estetik sebagai kecantikan yang dimiliki oleh fizikalnya. Menurut Ku Zam Zam (1984), dalam menghayati estetika atau keindahan, khalayak seni akan tertarik kepada sesuatu objek yang indah.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Siti Humaira
humairaramli@gmail.com
Subjects: N Fine Arts > ND Painting > Technique and materials
N Fine Arts > ND Painting > Watercolor painting
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Catan abstrak, ceritera alam, falsafah
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59191
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59191.pdf] Text
59191.pdf

Download (3MB)

ID Number

59191

Indexing

Statistic

Statistic details