Potensi makmal dan bidang bioteknologi tumbuhan dalam menjana pembelajaran, penyelidikan dan kerjasama pintar merentasi bidang / Sarina Hashim …[et al.]

Hashim, Sarina and Mustaffa, Muzamil and Abdullah, Nur Suraya and Mohd Zainol Azlin, Aini (2009) Potensi makmal dan bidang bioteknologi tumbuhan dalam menjana pembelajaran, penyelidikan dan kerjasama pintar merentasi bidang / Sarina Hashim …[et al.]. In: UNSPECIFIED.

Abstract

Kertas kerja ini membincangkan potensi dan menilai Kekuatan-Kelemahan-Peluang-Ancaman (KLPA) makmal dan bidang bioteknologi tumbuhan dalam menjana pembelajaran, penyelidikan dan kerjasama pintar merentasi bidang. Bioteknologi merujuk kepada aplikasi saintifik dan prinsip kejuruteraan untuk memproses bahan oleh agen-agen biologi bagi menyediakan produk untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia. Penyelidikan dalam bidang bioteknologi kini dijalankan dengan amat giatnya di seluruh dunia. Pusat-pusat penyelidikan bioteknogi telah lama wujud di negara maju dan kini mula berkembang di negara-negara membangun termasuklah di Malaysia. Pusat-pusat pengajaran pula menawarkan pelbagai kursus yang menerapkan elemen bioteknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, iaitu secara teori dan praktikal. Maka selari dengan arus perdana, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pahang
telah mengorak langkah dengan mewujudkan Makmal Bioteknologi Tumbuhan (MBT). Matlamat utamanya adalah untuk mengembangkan bidang bioteknologi tumbuhan, seterusnya memacu dan memantapkan pembelajaran, penyelidikan dan kerjasama pintar khususnya melalui aplikasi kultur tisu tumbuhan. Aplikasi ini berpotensi menjana lebih banyak penyelidikan multi-disiplin dan merentasi bidang seperti propagasi tumbuhan ubatan, silvikultur dan ekstraksi bahan
metabolit sekunder. Beberapa contoh proses dan produk melalui aplikasi kultur tisu tumbuhan dipersembahkan sebagai ilustrasi tentang prospek makmal dan bidang bioteknologi yang boleh dibangunkan di UiTM Pahang. Strategi MBT bakal melibatkan banyak bahagian, program dan unit yang sedia ada. Kejayaan dan kemantapan MBT akan memberi banyak manfaat kepada universiti terutamanya melalui agrobioteknologi dan agrobisnes daripada sumber semulajadi.
Kerjasama pintar inter dan intra jabatan boleh diwujudkan dan akan membuka ruang untuk jaringan penyelidikan yang lebih meluas. Diharapkan kertas kerja ini dapat memecahkan sempadan dan batas pemikiran serta membuka horizon atau ufuk minda supaya pembelajaran, penyelidikan dan kerjasama pintar merentasi bidang ini dapat dijayakan sepertimana yang disarankan oleh pengurusan tertinggi UiTM Pahang.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hashim, Sarina
hsarina@pahang.uitm.edu.my
Mustaffa, Muzamil
mmuzamil@pahang.uitm.edu.my
Abdullah, Nur Suraya
nsa@pahang.uitm.edu.my
Mohd Zainol Azlin, Aini
ainiazlin@pahang.uitm.edu.my
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Page Range: pp. 53-68
Keywords: Bioteknologi, Makmal Bioteknologi Tumbuhan, Pembelajaran, Penyelidikan, Kerjasama pintar
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59185
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59185.PDF] Text
59185.PDF

Download (5MB)

ID Number

59185

Indexing

Statistic

Statistic details