Abstract
Pelaksanaan sistem e-Aduan di UiTM Pahang merupakan salah satu langkah terbaik yang diputuskan oleh pihak pengurusan UiTM Pahang. Pelaksanaannya selama hampir setahun dikatakan memberi impak yang positif kepada pihak pengurusan serta pelanggan-pelanggan UiTM terutamanya pelajar-pelajar. Bagi memastikan pernyataan ini adalah benar satu kajian secara menyeluruh diadakan bagi mengesan tahap keberkesanan pelaksanaan sistem e-Aduan ini. Berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan secara pemerhatian, temuramah pihak pengurusan yang berkaitan serta mengumpulkan data yang diperolehi melalui e-Aduan beberapa perkara yang mungkin tidak dapat dilihat secara telus telah ditemui. Melalui bukti bukti yang ditemui ini penyelidik-penyelidik ingin mengupas punca-punca perkara ini berlaku serta memberikan cara-cara penyelesaian yang boleh dilaksanakan bagi memantapkan lagi penggunaan sistem e-Aduan. Penulisan ini diharap dapat membantu pihak pengurusan UiTM Pahang dalam melihat perkara ini secara lebih serius betapa pentingnya kerjasama diantara semua bahagian serta pihak pengurusan itu sendiri bagi memastikan kejayaan inovasi yang telah dihasilkan ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Razali, Razulaimi razul@pahang.uitm.edu.my Abd Halim, Khairul Nizam khairulnizam@pahang.uitm.edu.my Ibrahim, Mohd Izuan mohdizuan@pahang.uitm.edu.my Abd Aziz, Muhd Eizan Shafiq eizan@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Technology. Information technology. Internet in higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Page Range: | pp. 45-52 |
Keywords: | Aduan, e-Aduan, Inovasi, Maklumbalas, Pelanggan, Sistem |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59182 |