Mask / Hazmi Shoroin and Hezri Afzal

Shoroin, Hazmi and Afzal, Hezri (2021) Mask / Hazmi Shoroin and Hezri Afzal. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Diolah lipatan dari sekeping lembaran aluminium setebal 4mm. Sukarnya memandu bahan yang keras secara manual. Apa tidaknya, bukan untuk dipakai pada sesiapa. Bentuk “mask” sebagai ‘arca timbul’ pilihan yang utama sebagai ikonografi. Gaya rasa yang sengaja, sengaja juga untuk dipikirkan dan bermonolog apa yang sedang berlaku dunia sekarang, silap langkah maut menanti. Agenda siapa? Kenapa berlaku? Betul tak betul? dan nyata memang ianya sedang berlaku, rasanya teruk lagi mereka yang berhempas pulas di luar sana? Pada tika dan saat ini dunia masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19. Tidak hanya mematikan manusia, akan tetapi sangat merugikan ekonomi, pendidikan, aktiviti sosial dan di sebaliknya adayang rasa beruntung jua. Pada saat ini jugalah negara kita Malaysia menjadi kasus antara penyebaran jangkitan yang tercepat, angka terkesan dengan COVID-19 semua pelusuk, tetapi angka yang terjangkiti masih meningkat 5000 lebih sehari dalam Malaysia. Bilangan kes positif 751,979, sembuh 682,680, sudah tentu bakinya 5170 kematian dan meningkatnya kluster- kluster terbaru.Hidup dengan musuh yang wujud tetapi tidak nampak, ‘lock down dan mask‘ menjadi kawan karib, pergerakan masyarakat menjadi terbatas menyulitkan segala segi. Tiada bayangan makhluk yang membinasakan, dimata kita hanya bayangan kemanusiaan sahaja. Betapa susahnya kelangsungan hidup kita, ada yang kehilangan pendapatan, mereka yang di kuarantin, keluarga yang jarak jauh, sektor pendidikan dan lain-lain hal merencatkan. Kes baru yang ketika ini membimbangkan dalam masa 3 bulan sahaja 336 orang terlibat dalam bunuh diri. Betapa hodohnya jika membayangi sifat mereka pada kita, akan tetapi hanya mereka dengan Maha Pencipta. Berpaling tadah masing- masing apabila terganggu kesihatan mental. Persoalannya sampai bila dan berapa lama lagi tempoh yang harus kita semua dapat harungi.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Shoroin, Hazmi
hazmishoroin@uitm.edu.my
Afzal, Hezri
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: COVID-19, virus, aluminum
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59060
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59060.pdf] Text
59060.pdf

Download (1MB)

ID Number

59060

Indexing

Statistic

Statistic details