‘Allegory of Lembah Bujang’ (Pulau Tiga ) / Noraishah Zainon and Hazmi Shoroin

Zainon, Noraishah and Shoroin, Hazmi (2021) ‘Allegory of Lembah Bujang’ (Pulau Tiga ) / Noraishah Zainon and Hazmi Shoroin. In: Design Decoded 2021 : Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah. ISBN 9789672948131 (Submitted)

Abstract

Lembah Bujang yang lebih dikenali sebagai Sungai Batu, merupakan kawasan tamadun Melayu awal di Tanah Melayu. Ini berdasarkan pembuktian dari arkeologi yang telah mendedahkan bahawa satu bentuk ketamadunan peradaban dunia dalam penambahbaikan cerita sejarah tanah air, terutama Sejarah Kedah Tua. Antara paling tertera tapak peleburan besi, binaan dari batu bata yang tersisa tamadun maritim, pemerintahan, perdagangan, ekonomi, penempatan dan sosio-budaya masyarakat yang sistematik. Semenjak menelusuri susur masa Sejarah Kedah Tua dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Lembah Bujang atau Sungai Batu adalah entiti yang paling memberi impak sejarah yang lama, waima terkait pengisian sejarah Tanah Melayu dan Bangsa Melayu dengan bangsa dunia. Dalam catatan teks sejarah negara menunjukan pesatnya perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti maritim dengan negara di Asia Barat, China dan India. Tidak dinafikan Lembah Bujang telah merentasi dari zaman pra-sejarah lagi. Jika melihat dalam proses pendokumentasian Koridor Kuala Muda segala segi telah menjadi usaha yang keras dari Jabatan Arkeologi, maka ini tidak terhenti sehingga sekarang serta menjadi perdebatan banyak pihak dan belum mendapat titik pertemuan akhir kisahnya. Jangkauan penyelidik, telah membuktikan Lembah Bujang bukan lagi sejarah dalam abad Masihi, akan tetapi telah merentasi lebih jauh ke abad sebelum Masihi. Status dan persejarahannya telah diperakui oleh Projek Intra-ASEAN: Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985. Karya ‘Allergory Lembah Bujang, Pulau Tiga’. Diperlihatkan dan diolah dalam bentuk segi tiga dan dibayangi dengan tiga rupa, segi tiga yang memuncak ke atas. Adaptasi rupa ini merujuk kepada ikon Gunung Jerai, sebagai mercu tanda utama yang menjadi saksi segalanya apa yang berlaku dalam pengisahan sejarah Kedah Tua. Tidak kecuali juga, diletakkan bentuk akuarium secara melintang mewakili sebatang sungai yang jernih, diatasnya pohon yang telah mati, kontang dan sepi. Sungai Semeling, Merbok yang merupakan nadi dan sumber utama kepada aktiviti masyarakat tempatan, pemerintahan dan sosial-budaya yang sangat aktif dalam kehidupan harian. Bentuk geografi yang strategik dan keindahan alam semula jadi pada masa ketika itu. Akan tetapi, apakah kita dapat lihat sekarang? hanya ketandusan dan tinggalan Tamadun Sungai Batu dalam pelbagai bentuk .

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Zainon, Noraishah
UNSPECIFIED
Shoroin, Hazmi
hazmishoroin@uitm.edu.my
Subjects: N Fine Arts > NB Sculpture
N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Lembah Bujang, Kedah Tua, Pulau Tiga, arkeologi
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/59050
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 59050.pdf] Text
59050.pdf

Download (1MB)

ID Number

59050

Indexing

Statistic

Statistic details