Pengaruh Internet di kalangan remaja: Satu kajian kes terhadap remaja di Kuching / Roselinawati Hamdan … [et.al.].

Hamdan, Roselinawati and Marzoki, Haslina and Sugiman, Hartine and Ulis, Leha and Mohamad Sapi’ee, Hj Bol (2001) Pengaruh Internet di kalangan remaja: Satu kajian kes terhadap remaja di Kuching / Roselinawati Hamdan … [et.al.]. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji pengaruh internet terhadap kehidupan remaja masa kini terutamanya di kawasan Kuching. Ia juga bertujuan menentukan adakah internet ini membawa perubahan sosial yang ketara terhadap perkembangan moral dan pemikiran remaja. Di samping itu, ia juga menilai peranan ibubapa dan pihak lain dalam menangani sebarang pengaruh yang timbul hasil pengaruh internet terhadap anak-anak remaja mereka. Berdasarkan kepada analisis, didapati majoriti pengguna internet remaja internet adalah golongan yang berusia 15 hingga 17 tahun dan telah menggunakannnya selama 1 hingga 3 tahun. Kebanyakan remaja juga sanggup menghabiskan masa yang lama dan kos perbelanjaan yang tinggi hanya untuk melayari internet terutama bagi tujuan mengisi masa lapang mereka. Tetapi walapun remaja mendapat galakan yang tinggi daripada ibubapa untuk menggunakan internet tetapi ramai ibubapa tidak mengawasi mereka semasa melayari internet. Selain daripada itu juga, peralihan budaya melepak daripada pusat membeli belah ke pusat kafe siber menjadi satu trend sosial terbaru remaja.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 59002.pdf]
Text
59002.pdf
Download (1MB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Kampus Samarahan, Sarawak
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics