Abstract
Infrastruktur asas merupakan sesuatu yang amat diperlukan oleh para penduduk dalam sesebuah kawasan. Ia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan keseluruhan kawasan tersebut. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan pembangunan infastruktur asas para penduduk terpinggir di Hulu Padawan. Tujuan pengkaji memilih kawasan Hulu Padawan dan tajuk kemudahan infrastruktur asas adalah bagi menggetenggahkan masalah dan keperluan masyarakat terpinggir ini kepada umum. Metodologi yang digunakan di dalam kajian ini adalah melalui kaaedah survei iaitu melalui borang soalselidik dan temuduga. Kajian ini melibatkan 43 orang reponden yang mewakili 370 buah keluarga. Kajian ini menunujukkan bahawa bekalan elektrik merupakan keperluan utama para responden iaitu sebanyak 79.4 peratus. Jumlah ini diikuti oleh keperluan jalan raya dan telefon iaitu masing-masing sebanyak 70.6 peratus. Manakala bekalan air dan klinik kesihatan masing-masing berjumlah 64.8 peratus daripada jumlah keseluruhan responden. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa masyarakat di Hulu Padawan sememangnya mengharapkan kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan sekurang-kurangnya setanding dengan kemudahan yang terdapat di kampung kampung sekitar.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Lasek, Bonnie/Boniface UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | infrastruktur asas, Hulu Padawan |
Date: | April 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58978 |
Download
58978.pdf
Download (1MB)