Abstract
Kajian yang dijalankan untuk melihat keberkesanan Sumbangan Amal yang dianjurkan oleh pihak YAKIN di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Sumbangan ini adalah untuk membantu pelajar-pelajar dari golongan miskin dalam meningkatkan prestasi akademik mereka di sekolah. Di dalam kajian ini,seramai 100 responden telah dipilih di kelima-lima buah sekolah di sekitar Kuching iaitu SMK Tun Abang Haji Openg, SK Encik Buyong, SK Gersik, SK Matu Baru dan SK Gita. Responden juga telah dibahagi kepada dua kategori iaitu 50 orang para guru dan 50 orang para pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat kejayaan program tersebut serta kepuasan hati responden terhadap layanan dan sumbangan yang dihulurkan. Hasilnya di dapati bahawa, hampir semua responden berpuas hati, namun keberkesanan program belum menampakkan hasilnya. Oleh itu, pihak YAKIN harus mengkaji semula kelemahan program dan meneruskan lagi usaha untuk dalam membasmi kemiskinan bagi merealisasikan kemiskinan sifar pada 2010 di Sarawak.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wan Alwi, Sharifah Suharni UNSPECIFIED Tukiman, Yazni UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | sumbangan amal, pelajar miskin, YAKIN |
Date: | September 2002 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58942 |
Download
58942.pdf
Download (1MB)