Abstract
Kejayaan Johor Corporation Berhad (JCorp), mempraktikkan konsep wakaf korporat patut dipuji dan dicontohi oleh syarikat milik individu Muslim yang lain. Namun beberapa isu daripada aspek pelaksanaan seperti ain wakaf yang masih dipegang oleh syarikat dan manfaat wakaf digunakan semula untuk kepentingan syarikat, telah menimbulkan kekeliruan sehingga perlu dikaji semula. Justeru, kajian ini menyingkap pelaksanaan amalan wakaf saham oleh JCorp Berhad berdasarkan kajian literatur dan data skunder hasil perbincangan bersama pihak JCorp dan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ). Perbahasan tertumpu kepada aspek pewakafan harta menurut perspektif syarak dan peruntukan undang-undang berkaitan wakaf yang digubal di Malaysia. Tanggapan serong amalan mewakafkan saham syarikat, sebagai helah lari daripada dikenakan cukai juga dirungkai. Sesungguhnya, amalan mulia ini memerlukan sokongan padu segenap lapisan masyarakat Islam demi mempromosikan institusi wakaf sebagai medium pemacu ekonomi ummah sejagat.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhamad Don, Mohd. Ali UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Social service. Social work. Charity organization and practice |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5894 |