Abstract
Kajian ini banyak menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan beberapa kepincangan yang sedang dan akan dihadapi oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Saratok (JKMDS) dalam melaksanakan Skim Bantuan Am Bulanan (SBAB) secara profesional dan cekap. Kedapatan sekarang bahawa SBAB tidak memenuhi citarasa dan inspirasi sebilangan besar penerima - penerima Bantuan Am Bulanan (BAB) kerana kadar BAB yang berbeza-beza mengikut saiz sesebuah keluarga. Kadar BAB minimum yang telah ditetapkan ialah RM40.00 sebulan dan maksimum RM175.00 sebulan. Memikul tanggungjawab terhadap kebajikan masyarakat bukan merupakan suatu perkara yang boleh diambil mudah tetapi ia memerlukan pengalaman, kemahiran dan kepakaran dalam melaksanakannya di samping mendapat kerjasama dari semua pihak terutamanya jabatan-jabatan kerajaan yang lain yang difikirkan boleh memberi sumbangan kepada para penerima BAB yang merupakan masyarakat yang kurang bernasib baik. Di dalam kajian ini, jumlah sampel yang digunakan ialah 246 orang penerima-penerima BAB yang terdiri daripada kaum Iban yang akan dianalisakan sebagai data kajian.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kanchin, Jemat UNSPECIFIED Numan, Kenneth UNSPECIFIED Asan, Yalin UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | skim bantuan , jabatan kebajikan masyarakat |
Date: | April 2000 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58877 |
Download
58877.pdf
Download (1MB)