Abstract
Hati. Membicarakan tentang hati yang diterjemahkan melalui seni tipografi digital. Bahagian yang paling mahal di tubuh badan manusia. Hati mahupun jiwa dan kalbu merupakan anggota tubah yang diciptakan paling mulia dalam diri manusia. Mahal yang harganya tidak mampu dimiliki oleh wang dunia. Kerana disitu tempat jatuhnya tuhan melihat kita. Melihat jiwa dan hati seseorang. Apakah nilai yang ada pada seorang manusia? Tidak pada rupa. Tidak pada harta. Malah tidak pada pangkat. Niat dan nilai hati kita tuhan melihat pada pandangan yang hakiki. Hati dan jiwa yang menjadi tunjang kepada setiap tugasan lisan dan gerak anggota tubuh yang lain. Hati batin yang kewujudannya dapat dirasai oleh perasaan dalaman manusia, iaitu hati yang darinya lahir iman atau kufur, ikhlas atau riya, redha atau kecewa, tenang atau resah dan sebagainya lagi perasaan –perasaan dalaman. Amalan hati (niat) yang menjadi dasar disudut mana kita mahu tuhan melihat kita. Peranan hati yang mencerminkan kebaikan dan kehinaan keperibadian seseorang. Hati tidak seperti anggota lain yang biasa arif berbohong tambahan lagi di zaman nilai kemanusian ini semakin nipis. Suatu amal atau perkerjaan atau aktiviti (apapun bentuknya) sangat bergantung dan terkait dengan niatnya. Suatu amal tanpa disertai dengan suatu niat yang benar, seperti halnya badan tanpa roh atau seperti pohon tanpa buah, tidak berfungsi dan tidak menguntungkan sedikit pun.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Muhammad Fuad, Intan Nur Firdaus intannurfirdaus@gmail.com Ahmad, Ahmad Khairul Azizi khairulazizi@uitm.edu.my Mohd Aris, Khairul Nizan UNSPECIFIED Abdul Rahaman, Ashraf UNSPECIFIED Abdul Wahab, Mohd Saleh UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Graphic art materials |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Hati, jiwa, benih kebaikan, digital |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58841 |