Abstract
Layang-layang atau wau mempunyai nilai sains Fizik tersendiri. Empat objektif kajian; (i) mengkaji amalan penggunaan prinsip fizik dalam pembuatan wau, (ii) meninjau kesedaran dan pengetahuan fizik di kalangan ahli pelayang dan pelajar terhadap permainan wau; (iii) menentukan keupayaan dan keberkesanan pengalaman membuat wau dalam membina kefahaman ahli pelayang dan pelajar terhadap konsep-konsep fizik dan; (iv) mengenalpasti kemajuan sains dan teknologi di negara peserta antarabangsa terhadap permainan wau. Empat hipotesis kajian; (i) penghasilan wau tradisional adalah mengikut amalan prinsip fizik ; (ii) ahli pelayang dan pelajar mempunyai kesedaran dan pengetahuan fizik mengenai permainan wau; (iii) kefahaman ahli pelayang dan pelajar terhadap konsep fizik akan bertambah melalui pengalaman membuat wau dan; (iv) negara peserta antarabangsa mempunyai sains dan teknologi yang maju dalam permainan wau. Terdapat 2 kategori sampel iaitu tempatan (i) ahli Persatuan Pelayang (30 orang) dan pelajar sekolah (30 orang) serta (ii) antarabangsa (6 orang; 6 buah negara) . Kaedah kajian melalui bengkel, soal selidik dan temuramah manakala kaedah analisis adalah kuantitatif menggunakan program SPSS versi 11 dan kualitatif yang melibatkan penjadualan. Merujuk kepada objektif kajian. dapatan kajian ahli pelayang (i) Sebanyak 26% mengamalkan prinsip Fizik dalam pembuatan Wau. (ii) Kurang daripada 25% berpengetahuan dan menyedari perkaitan sains Fizik dengan wau dan; (iii) Sebanyak 42% pula memahami sains Fizik setelah melalui pengalaman dalam membuat Wau melalui bengkel yang diadakan. Dapatan kajian pelajar (i) sebanyak 57% mengamalkan prinsip Fizik dalam pembuatan wau, (ii) Kurang daripada 45% berpengetahuan dan menyedari kaitan sains Fizik dengan Wau dan; (iii) sebanyak 73% memahami sains Fizik melalui bengkel yang diadakan. Tinjauan sampel antarabangsa menunjukkan mereka mempunyai asas sains dan teknologi yang lebih maju melalui penerapan
pendidikan terhadap permainan wau.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Siti Nurulatina UNSPECIFIED Salleh, Khalijah UNSPECIFIED M. Meerah, Tambi Subhan UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Proceedings STSS 2008 |
Event Dates: | 3-4 June 2008 |
Page Range: | pp. 131-138 |
Keywords: | Layang-Iayang, Pembudayaan, Sains fizik |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58832 |