Abstract
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mendapat perhatian yang begitu besar di dalam polisi-polisi pembangunan ekonomi dan sosial sama ada di negara-negara maju ataupun di negara-negara membangun (Smallbone, 2004; Nijhawan dan Dubas, 2007 dan Habaradas, 2008). Ini adalah kerana impak dari PKS terhadap bidangbidang tersebut adalah sangat besar. Di Malaysia PKS juga memberi impak yang besar terhadap pembangunan ekonomi dan sosial. PKS menjadi penghubung penting di dalam rantaian bekalan perniagaan dan pelengkap kepada syarikat-syarikat multinasional (MNCs), penjana peluang pekerjaan, peningkatan pendapatan golongan berpendapatan rendah dan penambahan tabungan serta simpanan, malah ia juga berpotensi untuk berkembang dan menjadi syarikat global (SME Corp, 2008; Bank Negara, 2006).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hj Halipah, Azizi UNSPECIFIED Syed Mat Dom, Syed Mazlan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry > Small and medium-sized business. History |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/5880 |