Abstract
Kesan visual digital ini kelihatan seperti calitan sapuan berus bagi sebuah catan ekspresi. Proses karya ini bermula dengan sapuan berus dengan menggunakan cat akrilik di atas permukaan dua kanvas yang berbeza saiz. Kanvas pertama adalah bercirikan motif bunga matahari, manakala kanvas yang kedua adalah karya ekspresi warna secara abstrak ekspresionis. Proses digitalisasi bermula apabila pelukis menggunakan pengalaman dan kemahiran penggunaan perisian grafik dalam proses visualisasi seni. Pelukis sememangnya telah didedahkan dengan apresiasi seni secara seni halus dan seni grafik. Gabungan kedua-dua visualisasi ini dapat membantu pengkarya menterjemahkan dan menjana idea dengan lebih meluas. Kombinasi sapuan berus secara fizikal dan kesan ‘filter’ pada perisian Adobe Photoshop dapat memberikan kepuasan kepada pengkarya dalam berimaginasi, bereksperimentasi dan berekspresi. Ekspresi karya ini dicetuskan daripada situasi wabak pandemik COVID 19. Kesemua rakyat Malaysia tidak kira agama, bangsa, pangkat, umur dan jantina mengalami tekanan, konflik dan trauma akibat pandemik ini.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mahsan, Ida Puteri Idam08126@gmail.com |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Graphic art materials |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Abstrak ekspresionisme, digital, Adobe Photoshop |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58756 |