Redup merah Si Heliconia / Muliyati Mat Alim

Mat Alim, Muliyati (2021) Redup merah Si Heliconia / Muliyati Mat Alim. In: Design Decoded 2021: Art Exhibition. Faculty of Art and Design, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah. ISBN 9789672948131

Abstract

Redup Merah Si Heliconia adalah tajuk kepada karya digital ini. Warna merah selalu menghangatkan suasana, memberi tenaga, dan kadang kala menjadi peringatan bahaya yang mendatang. Walau bagaimana pun karya ini menggambarkan warna merah pada Heliconia menjadi titik fokus yang mendamaikan dalam rimbunan hijau dedaun. Merah dominan Si Heliconia tenang redup di tengah hijau dedaun, simbolik kepada kehidupan yang biasa harmoni walau kadang kala dugaan menjengah. Namun dugaan itu menjadikan hidup penuh pelajaran dan pengalaman. Tidak ternilai malah berharga menjadi panduan dan pengajaran dalam hidup. Dedaun hijau yang besar dan lebar menjadi latar bagi Heliconia melambangkan kehidupan kita yang tidak bersendiri tetapi mempunyai seseorang yang menjadi pelindung dan menyokong kehidupan. Karya ini dihasilkan secara digital menggunakan aplikasi Procreate. Bersaiz 11“ x 8.5“. Karya menggabungkan elemen garisan, bentuk, warna, ruang dan juga tekstur. Imej Heliconia di ruang tengah menampilkan ia elemen yang dominan dengan warna merah. Diharmonikan dengan warna kuning, jingga dan hijau. Elemen garisan dilukis secara bertindih dan berulang mengikut bentuk imej Heliconia dan dedaun. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan visual lebih hidup (pergerakan) dan mempunyai pembentukan peribadi tersendiri. Imej dedaun yang lebih besar diletakkan di ruangan belakang menjadikan karya lebih seimbang. Penggunaan garisan halus berwarna putih pula untuk memberi kesan kemasan dan sentuhan akhir kepada karya ini.

Metadata

Item Type: Book Section
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mat Alim, Muliyati
19thlilykayangan@gmail.com
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Graphic art materials
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Keywords: Heliconia, Procreate, digital
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58755
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58755.pdf] Text
58755.pdf

Download (32MB)

ID Number

58755

Indexing

Statistic

Statistic details