Abstract
Dunia dikejutkan dengan serangan "musuh halimunan" yang mengakibatkan ribuan nyawa terkorban kesan dari bahana Covid-19. Serangan pandemik ini telah melumpuhkan ekonomi negara dan seterusnya memberi kesan keatas rakyat termasuk mengalami gangguan emosi kerana tidak mampu melangsungkan kehidupan mereka seperti biasa. Penggunaan potret diri dalam karya ini adalah merujuk kepada narcissism sebagai konsep dalam seni lukis. Ini kerana pelukis cenderung menggunakan potret diri seperti bagaimana pengkarya Frida Kahlo menggunakan potret sebagai ekspresi diri. Selain itu ju ga pengkarya menggunakan potret diri kerana mahu menyatakan dirinya wujud dan dia sendiri yang mengalami situasi sekarang. Penggunaan corak berpancar dan dipadukan dengan kertas berwarna coklat bagi menggambarkan genre pop art dalam gaya vintage. Ini kerana pelukis cuba mempersembahkan karya seperti sebuah poster bagi menarik perhatian masyarakat terhadap isu yg melanda sekarang. Ini kerana peranan poster adalah sebagai alat komunikasi yang berkesan bagi menyampaikan sesuatu mesej dengan jelas dan cepat.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Mat, Anis UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Graphic art materials |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Covid-19, potret diri, narcissism, corak, unsur sindiran |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58702 |