Abstract
‘The Sailorman’, merupakan sebuah arca berdiri yang dihasilkan daripada garapan idea seloka pantun melayu yang diterjemahkan ke dalam bentuk tiga dimensi. Karya ini bersaiz 86cm x 49cm x 19cm. Bahan-bahan seperti kayu keras, rotan dan lilin digunakan dalam penghasilan karya ini. Kayu dan rotan digabungkan membentuk arca berupa layar kapal yang merujuk kepada perlambangan orang atau bangsa melayu yang mempunyai kehebatan dalam ilmu pelayaran, membuat perahu dan perkapalan. Catatan sejarah mengaitkan, Orang-orang melayu generasi terdahulu adalah pengembara, padagang serta hebat dalam ilmu geografi bertujuan untuk melihat kedudukan bintang bagi menentukan arah pelayaran. Pada zaman dahulu juga, kapal atau dikenali sebagai jong merupakan alat pengangkutan yang popular sebelum terciptanya alat-alat pengangkutan lain seperti kapal terbang. Kedua-dua bahan ini adalah amat sinonim dengan budaya dan kesenian melayu serta seringkali digunakan dalam kehidupan seharian.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mat Noor, Mohamat Najib UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NB Sculpture N Fine Arts > NB Sculpture > Special forms |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design |
Keywords: | Arca berdiri, kayu dan rotan, layar kapal, budaya dan kesenian melayu, Melayu |
Date: | 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58648 |