Kenali si perosak pomacea canaliculata / Norhidayu Rosli and Nursyazni Abdul Rahim

Rosli, Norhidayu and Abdul Rahim, Nursyazni (2022) Kenali si perosak pomacea canaliculata / Norhidayu Rosli and Nursyazni Abdul Rahim. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Pomacea canaliculata (P. canaliculata) atau juga dikenali sebagai siput gondang emas berasal dari Amerika Selatan. Untuk membezakan siput ini daripada siput babi yang lain, semak warna dan saiznya. Siput gondang emas mempunyai cangkerang coklat berlumpur dan isi merah jambu keemasan atau oren-kuning. Mereka lebih besar dan berwarna lebih cerah berbanding dengan siput asli. Telurnya berwarna merah jambu terang. Siput ini telah diperkenalkan ke Taiwan dan China sebagai sumber makanan pada tahun 1980-an dan sebagai haiwan peliharaan akuarium di Asia dan Amerika Utara. Namun, disebabkan permintaan yang semakin rendah, petani dan penternak terpaksa meninggalkan aktiviti pemasaran dan penternakan siput ini hingga menyebabkan siput-siput ini terlepas ke kawasan sawah. Di Malaysia, siput gondang emas pertama kali ditemui di lombong terbiar di Puchong, Selangor pada tahun 1991 dan kemudian ia diperkenalkan di Keningau, Sabah pada tahun 1992. Sejak diperkenalkan ke Malaysia, ia telah menjadi salah satu perosak utama dan telah menyebabkan kerosakan yang sangat meluas pada kawasan sawah padi terutamanya di bahagian Utara Malaysia iaitu Perlis dan Kedah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Rosli, Norhidayu
UNSPECIFIED
Abdul Rahim, Nursyazni
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QL Zoology > Animal behavior > Parasitology
S Agriculture > S Agriculture (General) > Agricultural ecology (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
ISSN: 2773-5869
Keywords: Pomacea canaliculata, siput, petani
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58625
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58625.pdf] Text
58625.pdf

Download (438kB)

ID Number

58625

Indexing

Statistic

Statistic details