Abstract
Pensyarah boleh diibaratkan sebagai pelita yang menerangi suasana malam yang gelap gelita. Nilai serta etika yang dibawa disanjung tinggi oleh semua lapisan masyarakat dalam menjalankan tugas seharian.Transformasi pensyarah kearah kecemerlangan akademik memerlukan pengorbanan yang tinggi bagi mendapatkan perubahan yang ketara kepada sifat keperibadian yang lebih baik. Mentor yang baik dan berkemampuan akan membawa pensyarah baru ke alam akademia yang betul dan bukan sebaliknya. Pensyarah juga boleh melakukan perubahan diri dengan menyertai Research Interest group (RIG). Perancangan hidup sebagai seorang pensyarah adalah amat penting agar dipenghujung hayat, kita telah memberikan sesuatu sumbangan yang bermanafaat kepada agama, bangsa dan negara dalam bidang yang kita dukungi. Sebagai pensyarah kita renung jauh dalam diri, kedalam minda kita, tanya diri kita apakah kita tidak perlukan transformasi diri. Sejujurnya semua kita sekiranya merendahkan diri maka pastinya kita akan berusaha untuk merubah kehidupan kita sebagai pensyarah yang menuju kearah kecemerlangan akademik. Kejayaan merubah diri akan menghasilkan pensyarah yang berintegriti yang memiliki kualiti terbaik meliputi penguasaan ilmu yang tinggi dalam bidang kepakaran disamping berkemampuan kemahiran generik (soft skills) serta berperibadian yang terpuji.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kasim, Jamaludin djamal@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > College and university teachers L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014 |
Event Dates: | 28 Oktober 2014 |
Page Range: | pp. 242-247 |
Keywords: | Pensyarah, Kecemerlangan akademik, UiTM Pahang |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58508 |