Misi pasca banjir pasukan UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Selangor / Noor Azli Affendy Lee

Affendy Lee, Noor Azli (2022) Misi pasca banjir pasukan UiTM Cawangan Pulau Pinang ke Selangor / Noor Azli Affendy Lee. Bulletin. Academy of Language Studies.

Abstract

Pada hari Sabtu (18 Disember 2021) apabila saya nak keluar ke surau untuk solat Subuh, saya turun tangga, air dah penuh dah... Balik tengok, air makin lama makin naik. Air, sampai tengahari tu, dah di paras lutut.... Percubaan menyelamatkan barang masa tu tidak ada lagi sebab kita tak jangka akan naik lagi... biasanya takat tertinggi di paras lutut ... Petang Sabtu tu dah ke paras pusat... memang tak berani nak masuk (rumah) dah.” Begitulah secara amnya jawapan salah seorang mangsa banjir di Taman Seri Muda, Shah Alam, yang merupakan bilal surau kawasan tersebut. Walaupun kawasan tersebut sering berlaku banjir setiap tahun, namun ini adalah kali pertama banjir yang berlaku amat serius hingga ada yang ke tahap bumbung rumah dan bas. Misi Pasca Banjir Pasukan dari UiTM Cawangan Pulau Pinang (UiTMCPP) yang terdiri daripada 8 orang staf (akademik & bukan akademik) serta 28 orang pelajar (ijazah muda, diploma dan pra diploma) sampai di UiTM Shah Alam pada 26 Disember 2021 dan diberi penempatan di Kolej Teratai (bagi lelaki) dan Mawar (bagi perempuan). Bantuan dilakukan secara fizikal dan diketuai oleh Unit Polis Bantuan dan Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN) UiTMCPP dengan kerjasama UiTM Shah Alam, terutamanya para mahasiswa/mahasiswi daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam. Dengan kelengkapan seperti water jet, penyapu berus, penolak air, penyodok longkang, dan paip air getah yang dipinjam daripada Unit Ko-kurikulum UiTM Shah Alam, misi pasca banjir pasukan sukarelawan UiTM Cawangan Pulau Pinang dihantar ke Taman Seri Muda, Shah Alam pada hari Isnin (27 Disember 2021) dan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Changgang, Banting pada hari Selasa (28 Disember 2021).

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Affendy Lee, Noor Azli
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
L Education > LG Individual institutions > Asia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: eLingua
ISSN: 26007134
Keywords: eLingua, Academy of Language Studies, UiTM
Date: January 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58501
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58501.pdf] Text
58501.pdf

Download (230kB)

ID Number

58501

Indexing

Statistic

Statistic details