Abstract
Kumbang najis daripada genus onthophagus (coleoptera: scarabaeidae) tergolong dalam kumpulan serangga yang memainkan peranan yang penting sebagai agen kitar semula jadi nutrien (Bang et al., 2005), agen penyebaran biji benih sekunder (D’hondt et al., 2008), agen kawalan biologi spesies perosak (Bishop et al., 2005), dan juga penyumbang kepada peningkatan sumber nutrient dalam tanah yang membantu perkembangan tumbuh-tumbuhan (Bang et al., 2005). Kumbang najis hidup di pelbagai jenis habitat, termasuk padang pasir, padang rumput, savana, tanah pertanian, dan hutan asli. Kumbang najis boleh dijumpai di semua benua kecuali Antartika. Taburan dan kepelbagaian spesies kumbang najis telah dicatatkan paling tinggi di pelbagai jenis ekosistem semula jadi dan tropika (Shahabuddin et al., 2010) yang menjadikannya sebagai bioindikator terbaik dalam perubahan landskap (Gardner et al., 2008).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ramli, Nur Hasyimah UNSPECIFIED Yaakop, Salmah UNSPECIFIED Kharudin, Siti Nazaemilia UNSPECIFIED |
Subjects: | Q Science > QD Chemistry > Organic chemistry Q Science > QH Natural history - Biology > Ecology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Kumbang Najis, GENUS Onthophagus (COLEOPTERA: SCARABAEIDAE), Parameter Udara, Tanah |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58479 |