Abstract
Saban hari di dada akhbar dan di televisyen, sering disiarkan masalah berkaitan dengan orang Melayu: tercicir pelajaran, ketinggalan dalarn perniagaan, kurang kepakaran dalam bidang teknologi, tidak cukup makan, tidak cukup wang dan segala-galanya yang menyedihkan. Persoalan ini banyak berkait rapat dengan akar umbi orang Melayu itu sendiri. Contohnya, bagaimana orang Melayu mendidik anak. Sejak zaman ke zaman, ibu bapa selalu berpesan kepada anak-anak supaya belajar sungguh-sungguh, dapat markah dan keputusan yang baik supaya boleh dapat keIja yang baik serta gaji yang lumayan sama ada bekerja dengan kerajaan atau swasta. Pesanan ini seolah-olah menjadi "darah daging" kita masyarakat Melayu. Pendek kata jauh sekali pesanan yang berbunyi "belajar bersungguh-sungguh dapat markah dan keputusan baik, jadilah majikan yang baik dan usaha dapat pendapatan yang lumayan". Dengan pendekatan ungkapan yang kedua iaitu,"jadilah majikan" itu akan mendorong seseorang untuk melibatkan diri kepada suatu pekeraan yang akan membentuk peribadi yang lain daripada ungkapan yang pertama. Pendekatan pertama menjerumuskan seseorang kepada pekerjaan yang tidak mencabar seperti "makan gaji" manakala ungkapan kedua boleh menjerurnuskan seseorang kepada keusahawanan. Keusahawanan sekarang menjadi satu bidang yang amat penting khususnya di dalam negara kita yang masih terus berkembang. Keadaan sedemikian mampu menyediakan persekitaran kondusif untuk melahirkan peluang baru kepada masyarkat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Osman, Che 'Asniza UNSPECIFIED Arsad, Jahjaiton UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Entrepreneurship. Risk and uncertainty L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Graduate education > Graduate students |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005 |
Event Dates: | 13 -15 Disember 2005 |
Page Range: | pp. 158-164 |
Keywords: | Keusahawanan, Pelajar-pelajar Melayu, UiTM Pahang |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58472 |