Abstract
Kerja-kerja penyelidikan dalam konteks kimia hijau semakin diberi perhatian kerana kimia hijau menitik beratkan faktor kesihatan dan persekitaran kepada pelajar ataupun individu yang mengendalikan sesuatu ujikaji. Penggunaan alat radas yang berskala kecil dalam ujikaji organik prasiswazah telah mematuhi salah satu prinsip kimia hijau kerana ia dapat memendekkan waktu tindak balas, mengurangkan kuantiti bahan kimia yang igunakan, dan meminimumkan penghasilan produk sampingan. Perbandingan bagi kerja-kerja amali menggunakan alat radas makroskala dan mikroslakala telah dilakukan dari aspek kuantiti bahan kimia yang digunakan, masa tindak balas yang diambil, dan peratusan atau kuantiti bahan sampingan yang terhasil. Kaedah amali menggunakan alat radas mikroskala ini amat sesuai digunakan di dalam makmal amali organik prasiswazah di institusi-institusi pengajian tinggi kerana kebiasaannya sesuatu ujikaji makmal melibatkan pelajar bekerja dalam satu kumpulan. Ini menyebabkan para pelajar tidak dapat menjalankan kerja amali secara menyeluruh. Melalui kaedah mikroskala ini, ujikaji dapat dijalankan secara individu dan mendedahkan pelajar kepada kemahiran praktikal secara menyeluruh. Pendekatan ini juga dapat mendedahkan pelajar kepada kepentingan
menjaga alam sekitar dan kaedah mengawal lebihan sisa buangan serta mengawal ketoksikan bahan kimia.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Salleh, Nunshaimah nunshaimah@pahang.uitm.edu.my Sheikh Abdul Aziz, Siti Sumaiyah sumaiyahaziz@pahang.uitm.edu.my Harun, Nurhana Ilmira nurhanailmira@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education Q Science > QD Chemistry R Medicine > RF Otorhinolaryngology > Instruments, apparatus, and appliances |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014 |
Event Dates: | 28 Oktober 2014 |
Page Range: | pp. 200-205 |
Keywords: | Kimia hijau, Alat radas mikroskala |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58459 |