Abstract
Fenomena berhutang untuk memenuhi keperluan kehidupan sudah menjadi kebiasaan. Penawaran dan kemudahan untuk berhutang dari institusi kewangan memudahkan masyarakat untuk berhutang. Namun ianya memberi implikasi besar kepada masyarakat. Hutang isi rumah rakyat Malaysia pada tahun 2010 adalah tertinggi di Asia iaitu 77% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tahun 2009. Sekarang hutang tersebut semakin meningkat. Peningkatan ini telah menyebabkan berlakunya masalah pembayaran hutang yang memberi kesan buruk dalam kehidupan. Kesan buruk ini menimpa individu, keluarga, masyarakat dan organisasi sarna ada swasta mahupun kerajaan. Ini akan menyebabkan kecemerlangan sesebuah organisasi akan terbantut. Konsep hutang dalam Islam telah dibincangkan secara lengkap dalam fiqh Islam. Sepatutnya penghutang Islam perlu memahami konsep hutang Islam sebelum berhutang. Dengan itu kajian kefahaman hutang dalam Islam diperlukan untuk mengetahui persediaan kakitangan untuk berhutang. Kertas kelja ini akan membandingkan tahap kefahaman hutang dalam Islam di kalangan kakitangan di UiTM Shah Alam, Pahang dan Pulau Pinang. Data diperolehi dari soal selidik melibatkan 690 responden yang terdiri daripada kakitangan akademik dan pentadbiran yang beragama Islam. Hasil kajian mendapati kakitangan UiTM di kampus Shah Alam yang berada di kawasan bandaraya lebih rendah min skor kefahaman berbanding kakitangan di kampus Pahang dan Pulau Pinang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jusoh, Mohd Kamal Azman mkamalazman@pahang.uitm.edu.my Muhamad, Rasid rasidphg@pahang.uitm.edu.my Mohd Khalid, Abd Khalil abd_khalil@pahang.uitm.edu.my Hassan, Mohammad Yusof yusofhassan@pahang.uitm.edu.my Budin, Aiza aiza_budin@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2014 |
Event Dates: | 28 Oktober 2014 |
Page Range: | pp. 190-199 |
Keywords: | Kefahaman hutang kakitangan UiTM, Hutang islam |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58452 |