Abstract
Pada asasnya sistem kepercayaan manusia boleh dikelaskan kepada tiga iaitu kepercayaan tradisional, sains dan agama. Kepercayaan tradisional adalah kepercayaan yang diwarisi daripada nenek-moyang. Sains adalah ilmu yang diperolehi daripada kajian secara sistematik ke atas alam flzikal. Sementara agama adalah kepercayaan yang berasal daripada wahyu dan berteraskan ketuhanan. Oleh kerana kepercayaan tradisional tidak mempunyai asas yang kukuh maka banyak teori dalam sistem kepercayaan ini yang kini dianggap tidak boleh diterima oleh akal, terutarnanya apabila banyak fenomena alam telah dapat dijelaskan oleh ilmu sains. Sains pula, walaupun diasaskan kepada kajian yang sistematik, tetapi dari sudut falsafah kebenarannya masih boleh dipertikaikan. Kebenaran mutlak hanyalah boleh didapati dalam Islam iaitu ajaran yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. Kertas kerja ini membincangkan perbandingan di antara ketiga-tiga sistem kepercayaan ini dengan tumpuan diberikan kepada aspek falsafah sains.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Razak, Zainal Kifli UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Event Title: | Prosiding KONAKA Konferensi Akademik 2005 |
Event Dates: | 13 -15 Disember 2005 |
Page Range: | pp. 79-85 |
Keywords: | Tradisional, Agama, Sains, Kepercayaan manusia |
Date: | 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58422 |