Penglibatan Jawatankuasa Pendamai Dan Hakam dalam penyelesaian tuntutan perceraian / Nur Zulfah Md Abdul Salam and Mazarina Nasuha Mat Nayan

Md Abdul Salam, Nur Zulfah and Mat Nayan, Mazarina Nasuha (2021) Penglibatan Jawatankuasa Pendamai Dan Hakam dalam penyelesaian tuntutan perceraian / Nur Zulfah Md Abdul Salam and Mazarina Nasuha Mat Nayan. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7 (2): 28. pp. 207-233. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Abstract

Penglibatan Jawatankuasa Pendamai Dan Hakam sinonim dalam kes perceraian jika salah satu pihak tidak bersetuju dengan perceraian. Jawatankuasa Pendamai Dan Hakam mempunyai bidang tugas dan kuasa sedia ada yang diperuntukan dalam Undang-undang Keluarga Islam di negeri-negeri di Malaysia. Hampir kesemua negeri-negeri di Malaysia melibatkan jawatankuasa pendamai dan hakam sebagai perunding dalam menangani masalah perceraian mereka. Kajian ini memfokuskan tugas, fungsi, punca kuasa, kelayakan hakam dan kaedah pelaksanaan prosiding jawatankuasa pendamai dan hakam dalam menjalankan tugas mereka. Kajian ini menggunakan metodologi kualitatif melalui kaedah temubual dan analisis dokumen dengan merujuk penulisan-penulisan ilmiah, jurnal dan buku yang berkaitan perbincangan. Data-data ini dianalisis melalui data kandungan dari informer dan pembacaan kepada statut serta kaedah perundangan. Hasil dapatan mendapati, amalan pelantikan jawatankuasa pendamai dan hakam adalah berasas dan boleh membantu menyelesaikan masalah pihak-pihak dengan menentukan maslahah sekiranya perkahwinan diteruskan atau terbukti gagal kerana shiqaq. Pihak-pihak yang buntu dalam menangani kerumitan masalah rumahtangga mereka akhirnya menemui jalan pengakhirannya sekiranya hakam melafazkan talak bagi pihak suami. Justeru, keengganan suami melafazkan talak juga boleh diselesaikan dengan kuasa hakam namun ianya dilaksanakan sekiranya hakam mendapati bahawa wujudnya shiqaq yang jelas dalam rumah tangga. Walaubagaimanapun, rumusan kajian mendapati fungsi dan kelayakan jawatankuasa pendamai adalah jelas. Namun agak ralat kepada kelayakan hakam yang dilihat sedikit longgar lebih-lebih lagi berkenaan syarat kelayakan dan individu yang layak memohon. Tugas hakam merupakan satu tugas yang besar. Perceraian melalui hakam dikategorikan sebagai talak ba’in sughra yang mana keputusannya juga tidak boleh dirayu. Kesan ini dilihat serius dan sewajarnya barisan hakam yang dilantik mestilah diukur dengan kemampuan setaraf dengan beban tanggungjawab yang dilaksana.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Abdul Salam, Nur Zulfah
nurzulfah@kuis.edu.my
Mat Nayan, Mazarina Nasuha
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Families. Family relationships. Family structure
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 207-233
Keywords: hakam, jawatankuasa pendamai, shiqaq
Date: November 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58420
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58420.pdf] Text
58420.pdf

Download (1MB)

ID Number

58420

Indexing

Statistic

Statistic details