Abstract
Pengajian di Universiti Awam (UA) dan Universiti Swasta (US) memerlukan kos yang besar dalam sesuatu tahap pengajian. Namun, masih terdapat golongan yang kurang bernasib baik dalam aspek kewangan untuk meneruskan pengajian seperti asnaf fakir dan miskin yang banyak bergantung harap kepada dana zakat. Tambahan lagi, pengurangan biasiswa dan ketiadaan program tajaan bagi mahasiswa yang ingin melanjutkan seperti MyBrains telah merencatkan lagi langkah untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti mekanisma agihan zakat pendidikan peringkat ijazah kepada asnaf melalui skim dan bentuk bantuan yang disediakan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sama ada di UA dan US dalam dan luar negara. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan secara kualitatif iaitu dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temu bual. Manakala metod analisis data menggunakan kaedah induktif. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai bentuk transformasi yang dilaksanakan oleh LZNK dalam penyaluran zakat pendidikan kepada mahasiswa/wi. Selain itu, LZNK juga memperkenalkan syarat baharu kepada mahasiswa di Timur Tengah agar mekanisma agihan zakat pendidikan mendatangkan manfaat yang besar kepada modal insan. Seterusnya, kajian ini turut mencadangkan beberapa pendekatan yang boleh diambil bagi menghadapi cabaran pengajian tinggi sejajar dengan perkembangan revolusi perindsutrian 4.0
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Zaki, Mohamad Muhaimin ustaz_min@yahoo.com.my Sulong, Jasni UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS) |
ISSN: | (e-ISSN) :0128-0902 |
Volume: | 7 |
Number: | 2 |
Page Range: | pp. 153-176 |
Keywords: | transformasi, agihan, pendidikan |
Date: | November 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58409 |