Abstract
Budaya Gendang Melayu Sarawak adalah satu budaya orang Melayu sejak berzaman iaitu sejak dari nenek- moyang dahulu lagi. Ianya talah wujud beratus tahun yang lampau di mana diamalkan oleh Masyarakat Melayu dalam kehidupan mereka. Budaya ini sebenarnya mempunyai disiplin tersendiri yang mana ia seharusnya diikuti supaya tidak mencemari budaya ini sendiri. Kalau dari orang yang memang memahami budaya ini, orang yang melanggar peraturannya akan menghadapi kesulitan atas kesilapan yang dilakukan. Tetapi atas sebab pelbagai sosialisme yang berlaku Budaya Gendang Melayu Sarawak melalui satu perubahan sedikit demi sedikit sama ada dari segi amalannya, fungsi dan juga disiplin yang wujud dalam budaya ini. Kajian dan penyelidikan seperti yang dilakukan ini melihat budaya ini dari segi pelbagai prospek untuk memastikan ianya masih menjadi amalan orang-orang Melayu. Apa yang nyata, kajian ini melihat apakah unsur luar yang telah mempengaruhi budaya ini yang mana ia menghadapi kesukaran untuk terus diamalkan di dalam masyarakat yang serba moden ini. Kalau zaman dahulu ianya sememangnya budaya yang amat diagung-agungkan oleh anak- anak muda di mana di majlis seperti bergendanglah tempat mereka mencari calon isteri.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ahmad, Mohammad Rashidi 97348635 |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races M Music and Books on Music > M Music M Music and Books on Music > M Music > Instrumental music |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Keywords: | gendang,budaya,Sadong Jaya |
Date: | September 2001 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58407 |
Download
58407.pdf
Download (1MB)