Abstract
Kajian ini memberi penekanan khusus kepada sumbangan LPR terhadap pembangunan sosio-ekonomi masyarakat di Bandar Sibu khasnya dan Lembah Rajang amnya. Kajian ini juga turut mengkaji sejarah penubuhan dan perkembangan Lembaga Pelabuhan Rajang (LPR) yang terletak di kawasan tengah Negeri Sarawak dari tahun 1970 hingga tahun 2002. Dalam pada itu, tahap-tahap perkembangan LPR akan dikaji mengikut Rancangan Malaysia Kedua hingga Kelapan. Tumpuan kajian ini ialah mengkaji fungsi, peranan dan kesan sumbangan Pelabuhan Rajang terhadap pembangunan sosio ekonomi khususnya di Bandar Sibu. Pembangunan sosio-ekonomi dikaji melalui pelbagai sudut pandangan dengan mengkaji laporan-laporan tahunan, pengendalian kargo dan pembangunan di kawasan kawalan pelabuhan pelabuhan tersebut.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Wahab, Rahayah UNSPECIFIED Kadir, Osman UNSPECIFIED Abang Hj. Khalid, Dayang Ajibah UNSPECIFIED Hossen, Aminah UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics H Social Sciences > HF Commerce |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus > Faculty of Administrative Science and Policy Studies |
Programme: | Diploma Pentadbiran Awam |
Date: | April 2003 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58396 |
Download
58396.pdf
Download (1MB)