Menghormati agama lain sebagai pelengkap terhadap penjagaan agama islam dalam maqasid syariah / Syed Muhammad Adib Termizi Ahmad Al Jafari

Ahmad Al Jafari, Syed Muhammad Adib Termizi (2021) Menghormati agama lain sebagai pelengkap terhadap penjagaan agama islam dalam maqasid syariah / Syed Muhammad Adib Termizi Ahmad Al Jafari. Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS), 7 (2): 18. pp. 99-116. ISSN (e-ISSN) :0128-0902

Abstract

Membina keharmonian di dalam sebuah masyarakat yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama bukanlah sebuah perkara yang mudah. Begitu juga untuk menjaga keharmoniaan yang telah sedia ada memerlukan usaha yang keras, kerana ia diibaratkan sebagai sesuatu yang amat rapuh dan mudah dihancurkan walau dengan sebuah perkataan berunsur perkauman. Keharmonian dalam masyarakat majmuk juga memberikan suasana yang kondusif bagi perkembangan agama Islam. Oleh yang demikian, Nabi SAW dan para sahabat amat menjaga keharmonian di antara kaum dan agama dalam sesebuah negara. Akan tetapi kenyataan menghormati agama lain telah disalahertikan oleh sebahagian orang Islam pada hari ini dengan menganggapnya bertentangan dengan al-Quran serta bercanggah dengan maqasid dharuriyyat iaitu menjaga agama Islam. Bertitik tolak dari kesilapan tersebut, kertas kerja ini bertujuan membuktikan bahawa menghormati agama lain tidaklah bertentangan dengan prinsip menjaga agama Islam, bahkan ia adalah penyempurnaan terhadapnya. Dalam mencapai tujuan tersebut Penulis telah menggunakan kaedah analisis dokumen di dalam kertas kerja ini dengan mengetengahkan contoh-contoh penghormatan terhadap golongan bukan Islam yang ditunjukkan Nabi SAW dan para sahabat, yang mana darinya dapat dihuraikan maksud diantara wala’ terhadap golongan bukan Islam yang dilarang dan galakkan menjalin hubungan baik bersama mereka. Hasil kajian menunjukkan bahawa menghormati agama selain Islam dituntun oleh ajaran Islam dan ia merupakan penyempurnaan terhadap penjagaan agama Islam itu sendiri.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Al Jafari, Syed Muhammad Adib Termizi
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HJ Public Finance > Finance, Islamic
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: Journal of Contemporary Islamic Studies (JCIS)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Journal of Contempory Islamic Studies (JCIS)
ISSN: (e-ISSN) :0128-0902
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 99-116
Keywords: racial harmony, plural society, maqasid al-syariah
Date: November 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/58388
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 58388.pdf] Text
58388.pdf

Download (1MB)

ID Number

58388

Indexing

Statistic

Statistic details